Pertandigan Mereka Laman Blog Berkumpulan
Nama Kumpulan :dkzempire123
Nama Ahli Kumpulan:Aniq Azri Bin Kamarudin,Ahmad Fathul
Aziz Bin
Muhammad Hidayat,Muhammad
Zikry Bin
Mohd Saifullah.
Tajuk:Tarian di Malaysia.
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,seni tari telah wujud di negara kita.Terdapat 8 jenis tarian di negara Malaysia.
1) Tarian
Inang
Tarian Inang merupakan tarian istana yang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pergerakan tarian ini dilakukan secara lemah gemalai.Tarian ini diiringi alat muzik seperti rebana,biola dan gendang.
Penari lelaki Tarian Inang perlulah memakai songkok, baju
melayu(cekak musang)dan samping.
Penari wanita Tarian Inang pula perlulah memakai cucuk sanggul,selendang,baju
kurung / baju kebaya dan samping songket.
2)Tarian Makyung
Menurut legenda,tarian makyung dikaitkan dengan semangat
padi yang digelar Mak Hiang.Selain
hiburan,Makyung digunakan sebagai salah satu cara perubatan tradisional.Penari Makyung akanmemainkan
peranan sebagai raja,permaisuri,pembesar,panglima dan
sida-sida istana.
Ini ialah kostum penari Tarian Makyung.
3)Tarian Singa
Tarian Singa ialah tarian tradisional masyarakat Cina.Penarinya akan memakai kostum singa dan bergerak meniru pergerakan singa.Tarian ini dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara membuang semangat jahat.Tarian ini dimainkan ketika menyambut Tahun Baru Cina,untuk membuka perniagaan atau ketika memasuki rumah baharu.
Ini ialah kostum Tarian Singa.
4)Tarian Bharathanatyam
Tarian
tradisional masyarakat India ini penuh dengan gerakan
tangan,kaki dam mata yang membawa maksud tertentu.Biasanya tarian ini
dipersembahkan oleh penari wanita dalam majlis keagamaan atau majlis-majlis
tertentu.
Ini ialah kostum penari Tarian bharathanatyam.
5)Tarian Sewang
Bagi
masyarakat Orang Asli,mereka terkenal dengan Tarian Sewang.Tarian ini ditarikan
bagi tujuan perubatan,majlis keramaian dan perkahwinan.Tarian ini juga
ditarikan semasa upacara membuka ladang baharu.Tarian ini ditarikan oleh
beberapa orang penari di balai sewang dengan iringan alat muzik buluh cetong
dan nyanyian.
Ini
ialah kostum penari Tarian Sewang
6)Tarian Ngajat
Tarian Ngajat merupakan tarian tradisional di Sarawak.Tarian ini
ditarikan semasa menyambut Hari Gawai dan selepas musim menuai.Pada zaman dahulu,Tarian
Ngajat ditarikan selepas mereka kembali daripada berperang.Muzik yang
mengiringi tarian ini ialah tawak(gong besar),bebendai(gong kecil),gendang atau
dedumbak,engkromong(1 set gong kecil) dan sape.
Ini ialah kostum penari Tarian Ngajat.
7)Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisional Sabah.Tarian
ini dipersembahkan semasa Tadau Kaamatan yang dirayakan pada bulan Mei setiap
tahun.Perkataan sumazau berasal daripada perkataan sazau,iaitu merujuk kepada
pergerakan tangan penari seperti burung helang yang sedang terbang.Tarian ini
diiringi oleh paluan gong dan gendang.
Ini ialah kostum penari Tarian Sumazau.
8)Tarian Bhangra
Tarian ini sangat popular dalam kalangan etnik
Sikh.Dahulunya,tarian ini dipersembahkan
sebagai tanda
gembira atas hasil tuaian yang baik.Kini,Tarian Bhangra ini
dipersembahkan untuk majlis-majlis kekeluargaan dan keramaian.Alat muzik yang
mengiringi tarian ini ialah dhol,harmonica dan tamborin.
Ini ialah kostum penari Tarian Bhangra.
Sekian,terima kasih.