Monday, 24 October 2016

Tarian di Malaysia

Pertandigan Mereka Laman Blog Berkumpulan
Nama Kumpulan        :dkzempire123
Nama Ahli Kumpulan:Aniq Azri Bin Kamarudin,Ahmad Fathul                                            Aziz Bin Muhammad Hidayat,Muhammad
                                     Zikry Bin Mohd Saifullah.
Tajuk:Tarian di Malaysia.

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,seni tari telah wujud di negara kita.Terdapat 8 jenis tarian di negara Malaysia.

1) Tarian Inang
Tarian Inang merupakan tarian istana yang dicipta semasa       zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pergerakan tarian ini        dilakukan secara lemah gemalai.Tarian ini diiringi alat muzik    seperti rebana,biola dan gendang.


Penari lelaki Tarian Inang perlulah memakai songkok, baju       melayu(cekak musang)dan samping.
Image result for tarian inang
Penari wanita Tarian Inang pula perlulah memakai cucuk sanggul,selendang,baju kurung / baju kebaya dan samping songket.

 Image result for tarian inang
2)Tarian Makyung
Menurut legenda,tarian makyung dikaitkan dengan semangat
padi yang digelar Mak Hiang.Selain hiburan,Makyung digunakan sebagai salah satu cara perubatan tradisional.Penari Makyung akanmemainkan peranan sebagai raja,permaisuri,pembesar,panglima dan sida-sida istana.

Ini ialah kostum penari Tarian Makyung.

    Image result for tarian mak yong

3)Tarian Singa
Tarian Singa ialah tarian tradisional masyarakat Cina.Penarinya akan memakai kostum singa dan bergerak meniru pergerakan singa.Tarian ini dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara membuang semangat jahat.Tarian ini dimainkan ketika menyambut Tahun Baru Cina,untuk membuka perniagaan atau ketika memasuki rumah baharu.

Ini ialah kostum Tarian Singa.


 Image result for tarian singa
4)Tarian Bharathanatyam
Tarian tradisional masyarakat India ini penuh dengan gerakan tangan,kaki dam mata yang membawa maksud tertentu.Biasanya tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita dalam majlis keagamaan atau majlis-majlis tertentu.

Ini ialah kostum penari Tarian bharathanatyam.
Image result for tarian bharatanatyam
5)Tarian Sewang
Bagi masyarakat Orang Asli,mereka terkenal dengan Tarian Sewang.Tarian ini ditarikan bagi tujuan perubatan,majlis keramaian dan perkahwinan.Tarian ini juga ditarikan semasa upacara membuka ladang baharu.Tarian ini ditarikan oleh beberapa orang penari di balai sewang dengan iringan alat muzik buluh cetong dan nyanyian.

Ini ialah kostum penari Tarian Sewang


6)Tarian Ngajat
Tarian Ngajat merupakan tarian tradisional di Sarawak.Tarian ini ditarikan semasa menyambut Hari Gawai dan selepas musim menuai.Pada zaman dahulu,Tarian Ngajat ditarikan selepas mereka kembali daripada berperang.Muzik yang mengiringi tarian ini ialah tawak(gong besar),bebendai(gong kecil),gendang atau dedumbak,engkromong(1 set gong kecil) dan sape.

Ini ialah kostum penari Tarian Ngajat.
Image result for tarian ngajat
7)Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisional Sabah.Tarian ini dipersembahkan semasa Tadau Kaamatan yang dirayakan pada bulan Mei setiap tahun.Perkataan sumazau berasal daripada perkataan sazau,iaitu merujuk kepada pergerakan tangan penari seperti burung helang yang sedang terbang.Tarian ini diiringi oleh paluan gong dan gendang.

Ini ialah kostum penari Tarian Sumazau.
Image result for tarian sumazau

8)Tarian Bhangra
Tarian ini sangat popular dalam kalangan etnik Sikh.Dahulunya,tarian ini dipersembahkan  sebagai tanda 

gembira atas hasil tuaian yang baik.Kini,Tarian Bhangra ini dipersembahkan untuk majlis-majlis kekeluargaan dan keramaian.Alat muzik yang mengiringi tarian ini ialah dhol,harmonica dan tamborin.

Ini ialah kostum penari Tarian Bhangra.

Image result for tarian bhangra

Sekian,terima kasih.